<$BlogMetaData$>

Wednesday, August 31, 2005

apa erti merdeka?

Setiap tahun, menghampiri hujung Ogos, warganegara Malaysia seakannya dipupuk dengan semangat kebangsaan yang amat mengilhamkan. Namun, apakah yang kita asyik merayakan ini? Apakah yang menyebabkan semangat yang luar biasa ini?

Adakah semangat yang unik ini hanya lahir disebabkan oleh perayaan Hari Kebangsaan Tanahair? Semangat Merdeka ini memang dapat memupuk kuasa yang luar biasa ini setiap tahun. Kita seakannya lebih mencintai negara kita (tidak kira sama ada ikhlas atau tidak) disebabkan oleh kempen-kempen yang asyik dilancarkan oleh pihak media (termasuk belog saya...haha). Tetapi, apa erti merdeka?

Sebenarnya, saya tidak tahu. Sudah banyak yang dikatakan tentang semangat patriotik warganegara Malaysia. Akan tetapi, tiada sesiapapun yang mampu menjawab soalan itu dengan penuh keyakinan.

Ada dikatakan bahawa Merdeka adalah masa untuk menghargai jasa-jasa dan usaha-usaha bapa kemerdekaan serta perajurit-perajurit yang bersusah-payah berjuang untuk membebaskan tanahair daripada genggaman kuasa asing.

Ada dikatakan juga bahawa Merdeka adalah masa untuk menghuraikan segala kesalahan negara kita agar kita dapat membaiki segala ketidaksempurnaan yang jelasnya sedang merosakkan impian Wawasan 2020.

Ada pula yang berkata bahawa Hari Merdeka ini adalah peristiwa yang diperbesarkan dan kita patut berterimakasih kepada cara hidup kita hari ini yang walaupun bukannya menakjubkan, namun lebih baik dibanding dengan negara membangun yang lain.

Ada yang bertanya....apakah akibatnya jikalau peristiwa 'Merdeka' ini tidak dicapai? Walau apapun kemungkinan itu adalah di luar sangkaan kita.

Yang penting adalah kebolehan kita memeluk sejarah kita dan terus berusaha untuk mencapai segala impian kita. Kita berharap bahawa kita dapat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu. Kita memimpikan intergrasi kaum, serta masyarakat yang bersopan. Kita tidak suka pegawai yang menerima rasuah. Namun, selain daripada asyik mengadu tentang perkara-perkara ini, apakah yang telah kita buat demi mencapai cita-cita tersebut?

Sudah lama saya telah menerungkan perkara ini, namun saya masih keliru - saya mencintai negaraku, tanahairku, tetapi saya masih bertanya APA ERTI MERDEKA?

Saya betul-betul tidak tahu.

Labels:


Ramblings:
ok done i have pluged ur post =) have fun and happy merdeka!
 



wah, ini macam karangan SPM walaupun aku pun tak tertentu makna Merdeka......amboi, sugguh hebat BM kamu....
Aku dah gelisah.

 



Hari Merdeka adalah untuk bershopping. Jika kamu pergi ke mana-mana kompleks membeli-belah, kamu akan nampak betapa patriotiknya warganegara Malaysia.
 



tak pernah terlintas di fikiran saya apa ertinya merdeka. mungkin saya tak kisah juga apakah maknanya. yang saya tahu, bila semua warga malaysia gembira bersorak (apa jua sebabnya), dan kita juga sanggup mengasingkan identiti perkauman ataupun kepercayaan masing-masing dan turut serta menyambut kegembiraan itu, mungkin itulah suatu elemen merdeka.
 



pening kepala kalo nak baca semua tu..
 



lyn : Last time I wrote, it was SPM time

adrenalyn : Can't say that la. Its a public holiday, people do tend to go out shopping

chingling : Kegembiraan yang dikongsi itu amat menyenangkan hati.

ky : Aku pun pening kepala bila tulis.

 



Post a Comment

<< Home