<$BlogMetaData$>

Tuesday, August 23, 2005

sempena hari kebangsaan

Adalah dimaklumkan bahawa sempena Hari Kebangsaan Tanahair ke-48, saya telah berjanji, bersama dengan rakan-rakan MSN Messenger saya yang suka berborak setiap pagi, bahawa kami akan berbelog dalam bahasa kebangsaan kita pada 31 Ogos yang akan datang. Kawan saya, kecikpendek sudahlah menulis berkenaan dengan topik sensasi ini.

Selain itu, sepanjang minggu ini, saya akan membelog tentang beberapa isu semasa yang berhubung dengan semangat nationalisme yang amat menyinggung perasaan saya (tetapi dalam Bahasa Inggeris). Saya akan menggunakan peluang ini untuk mengkritik beberapa orang warganegara kita yang tidak patut digelar 'warganegara Malaysia'. Kempen saya ini akan memuncak pada Hari Merdeka kita, dan belog hari itu juga akan ditulis dalam Bahasa Malaysia.

Wahai rakan rakan saya! Hari ini, saya juga ingin mengkaji Rukun Negara kita dan mejelaskan kepada beberapa orang Tuan-belog (bloggers) yang berkepala buto, dan tidak memahami hak mereka sebagai warganegara negara yang berdaulat ini. Sesetengah orang berfikiran bahawa mereka boleh menulis dan bercakap sesuka hati disebabkan mereka ada belog. Anggapan ini bukan sahaja salah, malah juga anggapan ini bagaikan mencaci usaha-usaha Bapa Kermerdekaan kita.

Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya (SELURUH masyarakat, dan bukan saja masyarakat bangsa sendiri);
memelihara satu cara hidup demokratik (tetapi tidak bermaksud bahawa kamu boleh mengkritik bangsa dan agama orang lain sesuka hati);
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama (bermaksud bahawa DEB adalah wajib supaya orang-orang kampung yang miskin bolehlah menikmati kemakmuran ekonomi) ;
menjamin satu cara yang liberal (liberal, bukannya radikal) terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden (sudah dibuat).

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

* Kepercayaan kepada Tuhan (dan HORMAT kepada Tuhan agama lain)
* Kesetiaan (dan CINTA) kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan (faham tak, kedua-dua perkataan itu?)

Labels:


Ramblings:
Faham... Tapi saya rasa kebanyakan rakyat tidak faham pada kata-kata kesopanan dan kesusilaan. Memang tidak hadir dalam aktiviti-aktiviti harian masyarakat kami.

Hehe.. tapi saya ingin memuji kebolehan kamu untuk menulis satu karya dalam bahasa ini yang sudah lama tidak digunakan dalam pertuturan dan penulisan sehairan kamu. Boleh tahan....

 



Ya, saya memang mempunyai banyak kemahiran yang teramat canggih!
 



Saya benci Malaysia . :D
 



Olang Singapore tak payah join! :)
 



yungjie : Kalau kamu benci Malaysia, sila jilat kepala buto aku dan saya harap kamu dirogol oleh seratus ekor anjing betina gila. :P

mataris : Orang Singapura tidak faham belog ini. Mereka pun tidak faham lagu kebangsaan mereka dalam Bahasa Melayu.

 



Lu cakap butut. Gua banyak faham sikalang. Bagui!
 



gua sulah ada lima olang mau joint kita punya kempen! Gembira!
 



Ai !! Anjing betina ?! saya sudah lama mimpi untuk dirogol oleh anjing betine . :D~~~
 



Aku mula rasa sikit jijik... sebab anjing betina
 



bagaimanakah singapura pula terlibat dalam ruang perbincangan ini ?

bravo vincent... hehe ;)

 



Vincent, blog saudara sememangnya selalu penuh dengan kejutan! Saya suka baca kebanyakan perkara yang saudara timbulkan !

Menulis blog dalam Bahasa Malaysia...Syabas ! Satu usaha yang baik apatah lagi dilakukan sempena Hari Kebangsaan Malaysia!

 



Post a Comment

<< Home